Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa
memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak
pernah
membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian
membawa kepada kemusnahan. ( Mahatma Ghandi)
Rahsia kejayaan
hidup adalah persediaan
manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh
mencipta
pengalaman. Anda mesti menghadapinya. (Albert Camus)
Cinta itu
adalah perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun
dari
langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi
jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan
hati,
keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang
terpuji.
(Hamka )
Jangan mengukur
kebijaksanaan seseorang
hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah
fikiran
serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya
apa yang kita lihat serupa
sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang
buruk itu ibarat tembikar
yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan
menjadi
tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati
dan setia adalah lebih bernilai
dari semua emas di dunia ini.
Peperangan
hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah
menukarkan status seorang
sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut
tidak boleh merdeka dan
tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang
untuk
kemerdekaan (Andre Colin )
Bangsa yang
tidak percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai
suatu
bangsa merdeka (Soekarno )
Semiskin-miskin
orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti (Hukama )
Ciri orang yang
beradab ialah dia
sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar dari pada orang
yang
berkedudukan lebih rendah darinya (Confucius )
Jangan tanya
apa yang dibuat oleh
negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara
(Abraham
Lincoln )
Jangan
mengharapkan kebaikan dari orang
yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu. Hidup biar beradab, bukan
hidup
untuk biadap (Al-Ghazali Bayruni )
Rakyat itu akar
bangsa. Jika akarnya
sehat, pokoknya pun sihat (Beng Tju )
Agama tanpa
ilmu adalah buta. Ilmu
tanpa agama adalah lumpuh (Albert Einstein )
Teman manusia
yang sebenar ialah akal
dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa
kepada Tuhan adalah laksana
samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup
manusia
Sesuatu
khayalan kadang-kadang menjadi
realitas
Jika manusia
masih tetap jahat dengan
adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? (Benjamin Franklin)
Jika kamu
mendapat kesusahan, ingatlah
menyimpan kesabaran - Horatius
Menghitung
orang-orang gila di suatu
negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang
paling tidak bahagia ialah
mereka yang paling takut pada perubahan (Mognon Me Lauhlin)
Nilai hidup
harus diukur dengan garis
yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. (Richard Brinsley
Sheridan)
Kecantikan
hanya sedalam kulit, tetapi
masuk ke dalam tulang (Pepatah inggris)
Kita patut
berkorban supaya orang lain
juga merasai kemanisan hidup. Keruntuhan keluarga telah melahirkan
generasi
yang lemah –(Rahmohan Ghandi )
Semoga Bermanfaat
0 komentar:
Posting Komentar